Thursday 11 September 2014

CERITERA MUMMY MELAYU

( Berpantang Cara Saya )

Cara Menanam Uri

Apa itu uri?

"Plasenta (uri) adalah organ yg terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan.Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm.Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin.Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan rahim..."

Dari Blog http://drzubaidi.com

Carian Google / Utusan



 Cara membersih dan menanam uri menurut Islam ( Hindar dari unsur Khurafat )

Nak di katakan salah pun tidak, dan nak dinafikan juga tidak. maklumlah zaman- zaman dulu nenek moyang kita jugak diajar perkara sama oleh orang yg terdahulu. Sebenarmya tidaklah sukar. Apa yang dilakukan orang terdahulu sebenarnya ada maksud tersirat lain cuma kalau salah tafsiran, itu yang membuatkan seseorang terlalu percaya dan harus dielakkan bagi menghindari unsur khurafat.

Seeloknya uri dicuci bersih dengan air yang mengalir (buang darah) sebelum ditanam.

Lumurkan dengan sedikit garam bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir dan elak dari dikorek haiwan seperti anjing dsb. * garam juga boleh digantikan dengan asam juga dgn tujuan yang sama iaitu untuk menghilangkan bau hanyir

Balut dengan kain dan tanam dikawasan selamat ( elak dikorek haiwan ) dengan kedalaman yang sederhana juga bertujuan untuk elak dari dikorek haiwan

Lebih afdal semasa menanam uri dimulakan dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim" ( mmg dlm setiap perbuatan pun kite patut mulakan dgn lafaz bismillah ) & berselawat.


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

Hal yang TIDAK berkaitan :
  • Dikatakan membasuh uri dengan asam & garam bagi memastikan anak tidak berkudis ( tujuan asal hanya untuk hilangkan bau hanyir uri )
  • Nyalakan lilin selepas menanam uri bagi elakkan bayi kembung perut ( mak2 sila rajin kejutkan bayi yg mmg dalam usie sehari 2 tu lebih banyak tidur dari berjaga. susukan anak sekerap mungkin bagi elakkan perut bayi kosong berangin )
  • Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya bagi tujuan elak sihir serta gangguan adalah amalan khurafat 

Ini antara artikel yang saya suka rujuk kerana ia nampak realistik.. fokus utama adalah untuk menanam uri , elak hanyir & elak dikorek haiwan.

Khurafat berkaitan pengurusan tembuni

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.

Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.
Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.
“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.
Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.
Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.
Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.
Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.
“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.

So bagi ibu-ibu dan ayah-ayah, jangan pening2 ye.. sebab cara membersih & menanam uri amatlah mudah. x perlu nak ikut resipi berbagai.. HARAP MAKLUM

6 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Islam benar tidak mengajarkan
    Selayaknya kita memegang teguh budaya leluhur selama kita tidak menyekutukan Allah.
    Sebenarnya supaya budaya yg ada tidak lah punah

    ReplyDelete