Tuesday 5 August 2014

CERITERA MUMMY MELAYU

( Berpantang Cara Saya )

Mahu Slim Semule!!!!!


Berpantang Selepas Bersalin

Kite sering dikhabarkan dengan pelbagai cara berpantang. Aida pun pasti setiap individu lain cara pantangnya. Cara berpantang juga adakalanya berbeza mengikut negeri. Dalam ertikata lain sebenarnya berpantang ni adalah amalan nenek moyang kite terdahulu selepas mengalami proses melahirkan bayi.

Perasan atau tidak zaman-zaman dulu mana la nak dapat pil-pil atau set bersalin. Jadi apa yang diamalkan ( cara pengambilan makanan, proses bertungku, urutan, memakai bengkung ) yang di praktikkan oleh nenek moyang ibu-ibu dulu pasti ada sebab khususnya untuk kesihatan mereka. Aida memang seorang yang sangat mengambil berat bab-bab pantang ni. Walaupun kalau diikutkan kebanyakan doktor pun dah x berapa galakkan kita mengikut cara pantang dulu-dulu.

Teringat time berpantang lepas lahirkan Eirdeena 3 tahun lepas, sajelah nak tanya doktor disebabkan operate boleh x saya amalkan cara pantang (mandi dengan air rebusan daun-daun tertentu). Jawab doktor tu " x perlu . x payah la berpantang.. daun2 tu banyak bakteria!!!! katenya. Sebab tu bagi Aida cara berpantang ni sememangnya bergantung pada individu samada masih mahu amalkannya atau tidak. Paling penting bagi Aida,  amalan  berpantang ini adalah untuk kesihatan.

Alhamdulillah now Aida menunggu masa untuk melahirkan bayi ke2... Insyaallah babyboy.

 Doakan kelahiran BODYGUARD eirdeena ni dipermudahkan ya.

Insyaallah Esok - 6 August 2014

*kenapa esok?? stay tune for da next update ya... Salam Aidilfitri





4 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan kak aida.. eirdina mesti tak sabar nak dapat kawan.. :)

    ReplyDelete
  2. salam aida!
    wah dah nk bersalin..
    kalau nak cuba SET BERPANTANG/MENYUSU SHAKLEE bleh call wirda ok! (kawan sepol ni)

    fb/wirda.rasid

    take care!

    ReplyDelete
  3. Aida, saya tunggu tips berpantang cara aida :)

    ReplyDelete
  4. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete