Thursday 11 September 2014

CERITERA MUMMY MELAYU

( Berpantang Cara Saya )

Cara Menanam Uri

Apa itu uri?

"Plasenta (uri) adalah organ yg terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan.Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm.Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin.Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan rahim..."

Dari Blog http://drzubaidi.com

Carian Google / Utusan



 Cara membersih dan menanam uri menurut Islam ( Hindar dari unsur Khurafat )

Nak di katakan salah pun tidak, dan nak dinafikan juga tidak. maklumlah zaman- zaman dulu nenek moyang kita jugak diajar perkara sama oleh orang yg terdahulu. Sebenarmya tidaklah sukar. Apa yang dilakukan orang terdahulu sebenarnya ada maksud tersirat lain cuma kalau salah tafsiran, itu yang membuatkan seseorang terlalu percaya dan harus dielakkan bagi menghindari unsur khurafat.

Seeloknya uri dicuci bersih dengan air yang mengalir (buang darah) sebelum ditanam.

Lumurkan dengan sedikit garam bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir dan elak dari dikorek haiwan seperti anjing dsb. * garam juga boleh digantikan dengan asam juga dgn tujuan yang sama iaitu untuk menghilangkan bau hanyir

Balut dengan kain dan tanam dikawasan selamat ( elak dikorek haiwan ) dengan kedalaman yang sederhana juga bertujuan untuk elak dari dikorek haiwan

Lebih afdal semasa menanam uri dimulakan dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim" ( mmg dlm setiap perbuatan pun kite patut mulakan dgn lafaz bismillah ) & berselawat.


Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)

• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.

• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing

Hal yang TIDAK berkaitan :
  • Dikatakan membasuh uri dengan asam & garam bagi memastikan anak tidak berkudis ( tujuan asal hanya untuk hilangkan bau hanyir uri )
  • Nyalakan lilin selepas menanam uri bagi elakkan bayi kembung perut ( mak2 sila rajin kejutkan bayi yg mmg dalam usie sehari 2 tu lebih banyak tidur dari berjaga. susukan anak sekerap mungkin bagi elakkan perut bayi kosong berangin )
  • Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya bagi tujuan elak sihir serta gangguan adalah amalan khurafat 

Ini antara artikel yang saya suka rujuk kerana ia nampak realistik.. fokus utama adalah untuk menanam uri , elak hanyir & elak dikorek haiwan.

Khurafat berkaitan pengurusan tembuni

Islam tidak menyuruh umatnya mengurus uri seperti jenazah. Apa yg perlu hanyalah di basuh, kemudian tanam di tempat yg selamat, maksudnya jauh daripada dimakan binatang liar.

Prof.Madya Dr. Anisah Abdul Ghani dari Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya berkata, uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.
“Eloklah dibersihkan dan ditanam tetapi bukan diurus seperti jenazah,” katanya ketika ditemui baru baru ini.
Menyentuh perbuatan meletak bahan bahan seperti asam garam, yg disertakan sebatang jarum atau paku, menurut Dr. Anisah, semua itu hanyalah adat semata mata.
“Dalam Islam tidak ada semua itu. Seelok eloknya basuh saja bersih bersih. Selepas itu balut kemas, tanamlah. Tentang tempatnya tak kira dimana, asalkan sesuai pada fikiran kita dan dapat mengelak daripada diselongkar binatang,” tambah Dr. Anisah.
Di kalangan masyarakat Melayu, uri cukup dijaga. Selain ditanam beserta dengan pelbagai benda, seperti jarum, paku, lebai, adakalanya batik dan sebagainya. Malah sesetengah tempat ia dipasang lilin waktu malam selama tujuh malam.
Menurut mereka lagi, jika ditanam begitu saja, macam macam perkara akan menimpa bayi. Takut dengan musibah musibah yg dikatakan itu, ramai ibu bapa yg terpaksa patuh dengan cara menanam uri.
Semua itu, menurut Dr. Anisah hanyalah adat orang Melayu yg telah diamalkan turun temurun. Mengamalkannya tidak salah kerana ia cuma budaya, asalkan tidak memesongkan keyakinan.
Bagaimanapun menurut beliau, jika petua orang tua itu menjurus ke arah suatu kepercayaan atau keyakinan maka ia tidak boleh diamalkan.
“Masalah akan timbul jika kita benar benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak drpd menangis malam, sawan dan sebagainya. Kedaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat. Misalnya kalau letak jarum atau paku semasa tanam uri dapat mengelakkan drpd gangguan makhluk halus jelas ini salah. Kita dilarang terus drpd percaya yg lain selain ALLAH,” katanya lagi.

So bagi ibu-ibu dan ayah-ayah, jangan pening2 ye.. sebab cara membersih & menanam uri amatlah mudah. x perlu nak ikut resipi berbagai.. HARAP MAKLUM

Tuesday 5 August 2014

CERITERA MUMMY MELAYU

( Berpantang Cara Saya )

Mahu Slim Semule!!!!!


Berpantang Selepas Bersalin

Kite sering dikhabarkan dengan pelbagai cara berpantang. Aida pun pasti setiap individu lain cara pantangnya. Cara berpantang juga adakalanya berbeza mengikut negeri. Dalam ertikata lain sebenarnya berpantang ni adalah amalan nenek moyang kite terdahulu selepas mengalami proses melahirkan bayi.

Perasan atau tidak zaman-zaman dulu mana la nak dapat pil-pil atau set bersalin. Jadi apa yang diamalkan ( cara pengambilan makanan, proses bertungku, urutan, memakai bengkung ) yang di praktikkan oleh nenek moyang ibu-ibu dulu pasti ada sebab khususnya untuk kesihatan mereka. Aida memang seorang yang sangat mengambil berat bab-bab pantang ni. Walaupun kalau diikutkan kebanyakan doktor pun dah x berapa galakkan kita mengikut cara pantang dulu-dulu.

Teringat time berpantang lepas lahirkan Eirdeena 3 tahun lepas, sajelah nak tanya doktor disebabkan operate boleh x saya amalkan cara pantang (mandi dengan air rebusan daun-daun tertentu). Jawab doktor tu " x perlu . x payah la berpantang.. daun2 tu banyak bakteria!!!! katenya. Sebab tu bagi Aida cara berpantang ni sememangnya bergantung pada individu samada masih mahu amalkannya atau tidak. Paling penting bagi Aida,  amalan  berpantang ini adalah untuk kesihatan.

Alhamdulillah now Aida menunggu masa untuk melahirkan bayi ke2... Insyaallah babyboy.

 Doakan kelahiran BODYGUARD eirdeena ni dipermudahkan ya.

Insyaallah Esok - 6 August 2014

*kenapa esok?? stay tune for da next update ya... Salam Aidilfitri





Monday 30 September 2013

Thursday 9 May 2013

POTONGKAN KUKU SUAMIMU

Assalamualaikum..

lame sgt blog ni menyepi kan....

terasa plak jemari ingin menari diatas papan kekunci ini... wah ayat  klasik gituh....

Tahukah anda???

terdapat rahsia di sebalik perlakuan "memotong kuku suami"

ia agak kedengaran seperti "mengade sgt" kan...

Ye la... dh tue2 still nak suruh org potongkan kuku....

haaa... mungkin ramai yang memandang enteng dgn perkaa kecil seumpama ini...

u know x yg sepanjang perkahwinan saye dgn my husband, x pernah skali pun saye biarkan my husband potong kuku sendiri...

sebab ape?????

Lelaki adalah seorang insan yang slalunya akan pendamkan luahan rase isi hati mereka.. dan ketahuilah bawasanya sbnarnye sang Suami ni mmg suka isterinye melayan mereka seperti baby.... manjeww la kunun... sb tu perasan x if depa ni demam (sikit jew panasnye) mule la muke selepettt je konun2 sakit sgt...kan..kan..kan....hihi

both are my baby <3


salah satu cara untuk kite pamerkan yang mereka tu antara org termanjeww didunie adalah dengan

"POTONGKAN KUKU MEREKA"

dulu aida pernah bgtau tips ini kpd sahabat saye tp katanye " uihhhhhh... byk la lemak suami....kite bukan kuli suami..x kan la kuku pun nak suruh isteri potongkan??!!!"

terkedu saye dgn jawapan itu... salahkah kite potongkan... kejarlah pahala kerana bukan untuk siapa2..untuk kebahgiaan kite jugak......

so pas ni wahai isteri2 semue,

silalah potongkan kuku suami2 anda ya... <3

Monday 15 April 2013

FRUST Sugimoto tutop so belasah SHOGUN!!!! Not Bad!!!

Ohhh Assalamualaikummm.....


lameenyeeee x update blog n time bukak tadi seolah2 aida macam bersihkan sawang2 yg ade kat blog ni sebab lame x bukak... nampak dh nak berkubur jew tapi tetibe rase macam harus di update tuday..


jgn malas ya Puan Aida... dah puan ek??? alaaa.... rinnnduuu plakkksss i time blajar dulu....hukhukhuk.... *terpikir bahawasanya saye sudah punya anak 1.... ayoyosss..... nak fefeeling mude kunon kan jap gi eirdeena menjerittt kat blakang ni ha...


okaisssss eberybadyyyy... * ni latihan melembutkan lidah wokeyyyy....


today im really tired.. seharian uruskan CitrAida then spent time dgn my luvly buddy LILY LOKMAN yg sedang dlm kesusahan hati sb tgh shoot drama kat slot akasia tb3...


then jejalan di curve terserempak plakkksss laa dgn kawan lame i (liyana Mohammad) yg digelar liyana pendek time skolah rendah dulu...ya ampuuunnn kawan skolah rendahh kan.... mane la x terlompat i bile jumpeeeee... hukhukhuk

 
my old buddy LIYANA..member skolah rendah di Sek Keb Inderamahkota Kuantan

nak dijadikannyeee semue tu kebetulan...

mlm mule la pikir apee laahhhh yg bakal ku masak..tp macam x larat... then my haceben dalam erti kata lain HUSBAND daaa ajak la i having japanese cuisine di tempat biasee la kamiiii melepak if nak makan japanese... "SUGIMOTO" di sri hartamas.. tempat ni sbnarnye dedulu wife abg eizlan upsssss Dato Eizlan now... ampunnnn abg lan....hihi....mmg mnjadi pilihan kami berduee laa disini... 

mmg style kami ni kalau dh suke situ makanya seabad dekad la akan makan disituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu jew... ha panjang kan uuuuuuu i tu.... betape setieeeee nyee saye dan haceben caye...

punyeeee laaa redah jem.... nak jadi plakkkss salah masuk jalann.. aduhhh ....dalam kurungan my husband drive..standard la salah masuk jln kan...wink...winkk....

legaaaaa sgt bile dh smp..... alhamdulilllahhhh

tetibe hati ini hancusss bile tgk... !!!!!

x patott ini terjadiiiii


Ya Allahhhhh... Monday tutuppp ghopenyeeeeee... ateeeee... datang x call ini la gayenye... sgt mnguji kesabaran kan.. dah la mmg seharian x makan sb x de selera.... aduhhhhh...

dgn perassan yang sedih campur dgn perut i yg sensitip ni mmg merajukk la x dpt salmon fillet ka..... i pun ckp "x pe la abg... x de rezeki aida nak mkn mlm ni... jom balik la abg....sob..sob..sob....

tp tahulah  bahawasenye en saiful saye x akan benarkan hati ini gundah..aceeehhh...padahal x dpt mkn japanese jew pun.... bukan susah tmpat lain pun byk... beliau pun bawak saye makan di shogun... 1st time la kirenye tukar restorennnn ni.... i pun ok je la... cube try test kan!!!

masuk2 rupenye shogun ni buffet restaurant

perut i mmg x terima makanan yg byk memalam gini... adussss...

kesian plak en suamiku yg susah payah dah bawak ape lagi i harus dan wajib laaa patuh....

makanyaaa.... bukan setakat Salmon semuenyee i tryyy...... pemerhatian kasar aida restaurant ni mnyediekan 3 hidangan iaitu chinese, japanese n korean.... ok la bg mereka yg enjoyyyy makan.....mcm kami berdue ni mmg x layak la sb x dpt nk mkn bebanyak..... x pee jap lagi aida bg gmbq na....

tgk tu salmonnn.. my 4vrtee

more menu

not bad

my NYAWE

my <3 dgn baju ROMEO nyerr itu.....i hadiahkan tu...ok x??hihi

 

ok dan sgt berpuas hati... klu di sugimoto price for 1 plate salmon fillet lbih kurang rm40 kan..so kat shogun jaun lbh murah dan berbaloi laaa........nak tau price sat lagi aida kasik naaaa...... so pas ni u alss boleh la try disini ya......

hilangkan penat dgn salmon....yummi  

 

sblm balik pekena sepinggan lagi...hancussss diet ku...


TEMPAT : SHUGUN MONT' KIARA

PRICE : BUFFET RM50 / Person

Kesimpulannye murah dan berbaloiii... harus try ya.... dadaaaaaa.....

eh ade lagii..smp je rumah onie (panggilan eirdeena kat my mon ) tgk2 !!!

mommyy...y u latee?!!!!dating lagi yeww...  

 

Salam....

Tuesday 5 February 2013

Buah Hati ayah n mummy PART 1

Assalamualaikum semue…

Semalam x dapat nak lelapkan mate.. sebab mimpi yg sgt menggerunkan… ape2 je laahh…

Bangun pagi2 tgk eirdeena ….. berbisik aida dlm hati “Alhamdulillah anak mummy now dah besar, sihat… aktif plak tu… Alhamdulillah

Name Saye Aida Eirdeena Bt Mohd Saiful Nizam

 

Teringat suatu ketika dahulu anak mummy pernah melalui 1 fasa yang sgt berat untuk kanak2 lain hadapinye…

Waktu lahirkan eirdeena mummy n ayah la insan yang kami rase paling bertuah kerana dikurniakan amanah terindah ini. N aida tau, perasaan yg sama juga bagi mak n ayah yg lain..

2.2kg

X sampai 2 jam pun lahirkan eirdeena doctor masuk n bgtau jantung eirdeena ade “bunyi”.Berdebar betul hati mummy…

 

After buat “echo”, doctor bgtau terdapat lubang kecil but lubang tu akan tutup sendiri bile dh besar..

 

Alhamdulillah… mummy masih bersyukur ..

 

4 hari selepas tu hati mummy n ayah macam x sedap… keputusan di ambil untuk bawa eirdeena ke IJN untuk dapatkan kepastian. 

 

Sampai di IJN sayu hati ni Allah je yang tau, melihat ramaiii sgt baby yg kritikal. Dalam hati ni x putus doakan Eirdeena x akan jadi seperti mereka….

 

Tiba je giliran berjumpa doctor, kami hanya tunggu keputusan dgn sabar.. hopefully smuenye ok…

 

Then doctor cakap “your baby is not ok actually”….mummy dah nk menitis air matee… time doctor cakap tu plak eirdeena asyikkk pandang mummy dgn mate yang berkace seolah mengerti berat yang mummy rase…

 

Kate doctor Eirdeena ade masalah “truncuss arteriosis type 1” yang mane ia merupakan penyakit jantung kongenital apabila saluran darah utama dari jantung ke badan dan paru-paru bercantum dan terdapat lubang pada dinding antara dua-dua bilik pengepam jantung.

 

Keadaan jadi makin x keruan. Ye la… dalam keadaan aida yang masih awal peringkat berpantang. Jujurnya aida kongsikan dgn semue , saat itu aida rase mcm orang “gila”. Setiap saat msti tanye diri sendiri “kenapa dugaan ini diberi padaku???!!!kenapee??? kenapa x org lain???? Kenapa anak org lain sihat???kenapa….. macam2 persoalan sebab nak puaskan hati sendiri.

 

Mujur sgt husband aida sgt positif. Aida tahu sbnarnye die pun sedih cume kesedihan itu x ditunjukkan depan aida. Hari2 lalui waktu pantang dgn tangisan mengenangkan nasib eirdeena. 

 

Kata2 abg saiful dengan titisan air matenya inilah menguatkan  aida

<3

“ Hidup abg sekarang hanye untuk sayang dan eirdeena. Kalau sayang x kuat, macam mane abg nak kuat sayang.. promise dgn abg k.. promise yg kite same2 akan buat ape saje untuk selamatkan Eirdeena. Promise me please…abg janji..abg janji sayang n eirdeena x akan ape2..abg sayang sayang..

 

Sedari walau menangis macam mane skali pun eirdeena tetap ADE sakitnya tu. Alhamdulillah aida dapat kekuatan. Setiap waktu terluang akan ku bacakan selawat shifa’ buat mengubati eirdeena. Abg saiful ckp kite perlu redha dgn qada dan qadar Allah. If kite redha dan hadapinye dgn sabar insyaallah ade hikmahnya. 

 

Elok aida share dgn semue jugak. Disebabkan penyakit eirdeena ni, setiap kali menyusukan eirdeena, aida x boleh bg dalam kuantiti yg banyak sb eirdeena mesti akan muntah. So terpakse bagi sikit2. Yg peliknya kate doctor biasenya pesakit truncus akan biru, I mean bibir dan jari akan kebiruan, tapi Alhamdulillah eirdeena x. if nak ckp pasal symptom eirdeena mmg x de langsung tande2 seperti pesakit truncus. Bayangkan bile sampai waktu eirdeena menjalani pembedahan, doctor boleh tanye eirdeena dari hospital mane? N aida jwb mmg dari rumah… mane x nye. Slalunya if pesakit truncus mmg akan stay di hospital untuk dptkan bantuan oksigen. YA ALLAH, Alhamdulillah eirdeena x mcm tu….. syukurrrr.

 

Insyaallah next entry aida akan share pengalaman sewaktu eirdeena menjalani pembedahan ya…

 

Sebelum berpisah ingat bahawa Allah x akan menguji hambanya melainkan DIA tahu yang kita mampu untuk hadapinya. Bersyukurlah kerana kite terpilih antara yang diuji kerana DIA sayangkan kite. 

jumpe di next entry ya,,,

 

Sekian wassalam..

Resipi " Cream Lobster "

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuhh
(ikut nada budak skolah bg salam bile cikgu masuk kelas)...hhahhahhaha

ok... puan2, today aida nak share resipi cream lobster.

baru2 ni husband aida bawak balik lobster dari sabah..so kne la jugak masak sendiri.. x kan nak hantar kedai kot suruh depa masak kan...huhu...mmm aida pun baru 1st time masak lobster ni....

takut jugak tersilap masak kan dah membazir... dah la besar..... takuttt saye...

hopefully x menghampakan en saiful ya...

tu diaaa lobsternye.....


Hi Mr LOBSTER!!!

aida x pasti harganya tp aida rse smue tahu lobster if kat semenanjung agak mahal sb susah nak dpt..if kat sabah x silap aida x la semahal di semenanjung... ampunn dipinta kalau fakta ni salah tahu... sebab aida lupe nk tny en saiful harge bg seekor lobster... send msj x reply.....hihi

ok... memule nak bakar jew dlm oven.. tapi dh biase sgt buat udang bakar... so kali ni ingt nak buat la kunun2 ade sauce sikit kan.. baru ade kick...gituhhh kan..

so...1st step sila bersihkan lobster yg comel ini.....

then belah di tengah... ayoyo..tgk tu mr sepon.. bersusah payah membelah.... relax.... buat slow2...bukan potong kayu balak pun....drama lebih tau my hubby ni...

siap kau lobster!!!
Stim kan lobter ni



2nd tumis bawang putih dan cili padi smp wangi



Then masukkan campuran susu, air, garam, dan tepung jagung. Kacau2 hingga nampak sos sedikit pekat, tutup api.

(Kuantiti susu tu akak bancuh dlm cawan 4 sudu besar susu manis,2 sudu besar tepung jagung,sikit garam n penuhkan air masak dlm cawan tu..kacaukan campuran tadi tu)

Tuang kan ke atas lobster/udang yang sudah di kukus tadi.

yeayyyy dah siappp!!!!
hidangkan panas2.

Boleh mkn panas2..yummiii..hihi 

Nasib baik menjadi....

Silekan makan ya >>

tata